SOALAN :
Kalau kita nak bayar zakat tetapi berada diluar kawasan bolihkah kita wakilkan orang lain membayar zakat kita?
Kerana ada orang kata zakat itu ibadah maka tak bolih wakilkan orang lain.
JAWAPAN :
Harus hukumnya mewakilkan orang lain membayarkan zakat bagi pihak dirinya samada wakil tersebut menyerahkan kepada pengutip zakat atau orang yang berhak menerima zakat.
Berkata Imam Nawawi :
له أن يوكل في صرف الزكاة التي له تفريقها بنفسه ، فإن شاء وكل في الدفع إلى الإمام والساعي ، وإن شاء في التفرقة على الأصناف وكلاهما جائز بلا خلاف ، وإنما جاز التوكيل في ذلك مع أنها عبادة ; لأنها تشبه قضاء الديون
Artinya : “Harus bagi orang yang wajib atasnya zakat mewakilkan orang lain pada membayarkan zakat yang sudah ia asingkan. Maka jika wakil itu mahu serahkan kepada pemerintah atau orang yang menguruskan zakat adalah harus. Dan jika wakil itu mahu menyerahkan kepada orang-orang yang berhak menerima zakat juga harus. Kedua-duanya dibolihkan tanpa khilaf. Dan ada pun dibolihkan mewakilkan bayar zakat pada hal membayar zakat itu adalah ibadah kerana sungguhnya ia menyerupai hukum membayar segala hutang.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
wallahua’lam
Sumber : ustaz azhar idrus