agihan zakat 2019

Permohonan Zakat Kini Dibuka

Perhatian kepada warga mahasiswa UniKL yang berkenaan, sila lengkapkan borang permohonan zakat anda untuk kami proseskan bagi sesi Majlis Agihan Zakat sempena Ramadhan 2020 pada 6 Mei 2020 nanti. Sila hubungi Seksyen Gaya Hidup Kampus untuk maklumat lanjut. Harap maklum. Mohon bantu wawarkan kepada rakan-rakan anda yang berkenaan. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. Terima kasih.

Zakat Anda Menyinari Hidup Mereka

Alhamdulillah sumbangan wang zakat anda telah membantu lebih 16 ribu orang pelajar asnaf fakir miskin melanjutkan pengajian mereka di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Kemahiran. Bantuan Persiapan Persekolahan anak asnaf fakir miskin 2020 telah disalurkan berjumlah RM32.9 juta kepada 65,956 pelajar. Kami sedia membantu memudahkan urusan anda melaksanakan kewajipan membayar zakat secara online.