Pengumuman Khidmat Kaunter Zakat LZS

PENGUMUMAN TERKINI
Pelanggan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Yang Dihormati,

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di seluruh negara, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan perkhidmatan agihan secara atas talian sebagai satu usaha menyantuni keluarga masyarakat Islam yang bermastautin di negeri selangor.

Asnaf Fakir/Miskin/Muallaf berdaftar dengan LZS boleh berurusan secara terus melalui : Penolong Amil Kariah atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah.

Bagi Ketua Keluarga yang bermastautin sertai tidak berdaftar sebagai asnaf fakir/miskin/muallaf dengan LZS boleh berurusan melalui pautan di bawah ini.

23 CAWANGAN LZS DITUTUP SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PENUH 3.0
SHAH ALAM, 31 Mei 2021 – Berikutan pengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP) 3.0 yang diumumkan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19, ibu pejabat dan 23 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Bagaimanapun, penutupan ini tidak akan menjejaskan penyaluran bantuan bulanan untuk asnaf sedia ada, dan mereka akan tetap menerima bantuan seperti biasa.

Orang ramai masih boleh berurusan dengan LZS menerusi platform kaunter online yang disediakan. Bagi warga UniKL yang ingin membuat pembayaran zakat secara online transfer, sila lawati web kaunter zakat online UniKL di https://ZakatUniKL.com

Sementara itu, permohonan bagi kes-kes kecemasan sewaktu tempoh PKP ini boleh menghubungi Penolong Amil Kariah (PAK) atau pegawai agihan dengan merujuk https://www.zakatselangor.com.my/koad-and-eoad/?fbclid=IwAR0AvAWlnxTiH7PpDrJZkBxs-xSv9qfeE4jnPmzMH7w5lykEwWhEtDJaF8E
.
Orang ramai juga boleh membuat semakan status bantuan dan penyata bayaran zakat boleh di https://ezo.zakatselangor.com.my

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 atau live chat di https://www.zakatselangor.com.my yang beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang sepanjang tempoh PKP.