Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri UniKL

21 Jun 2017. Assalamualaikum…Alhamdulillah amanah melaksanakan Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri pertama, Tabung Amanah Zakat UniKL kpd 121 anak-anak Asnaf mahasiswa dari 4 kampus di Selangor telah dpt disempurnakan pada 21 Jun 2017.

Jutaan terima kasih kpd semua penyumbang zakat warga UniKL..setakat Jan-Mei 2017 ini jumlah kutipan pelbagai zakat kita kpd LZS sekitar RM181K…Jumlah peruntukan Agihan kpd 121 Asnaf dalam bentuk Elaun Sara Diri adalah berjumlah RM156,600.00.Termasuk agihan sumbangan duit Raya berjumlah RM32,700.00.

Kami turut merakamkan jutaan terima kasih kpd semua pihak Pengurusan UniKL kerana sudi menyumbang Zakat Perniagaan melalui LZS berjumlah RM60K..Majlis semalam walaupun serba sederhana kerana ramai juga kalangan penerima zakat yg dah balik bercuti Raya, namun sokongan ramai saf pimpinan Pengurusan UniKL diketuai oleh Timbalan Presiden SDCL, Prof.Dato’ Dr. Khairanum Subari dan pimpinan LZS diketuai oleh En.Syahril Hj.Zainol, Ketua Jabatan Pengurusan Ejensi (Divisyen Kutipan),rakan-rakan CLS kampus, semua para jemputan yang sudi hadir amatlah dihargai.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua saf pimpinan Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UniKL BMI dan kampus terlibat serta semua Urusetia yang membantu menjayakan program ini….Sebarang kekurangan dlm urusan penganjuran majlis harap dpt dimaafi..Moga akan datang kita dpt bantu lebih ramai lagi kalangan Asnaf warga UniKL..in shaa Allah..

Bersama kita doakan moga pengurusan zakat kita semakin berkembang..Jom bantu kami utk meneruskan kempen berzakat ramai2…in shaa Allah…

Akhir sekali kami mewakili pengurusan Tabung Amanah Zakat UniKL mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin…
Jom tolong viralkan page info pengurusan Zakat ini kepada kenalan anda ye…
https://www.facebook.com/unitzakatunikl

Terima kasih.