Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri Tabung Amanah Zakat UniKL

23 Mei 2018 (Rabu): Alhamdulillah Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri Tabung Amanah Zakat UniKL telah berjaya dilaksanakan di kampus UniKL MFI, Bangi.

Seramai 148 orang penerima dari kalangan mahasiswa 4 kampus di Selangor (UniKL BMI, UniKL MFI, UniKL MIAT & UniKL MESTECH) telah diraikan. Sumbangan Aidilfitri berjumlah RM27,740.00 telah disampaikan oleh Dato’ Presiden.Selain itu bantuan sara diri berjumlah RM106,000.00 turut diperuntukkan kepada para penerima. Jumlah keseluruhan agihan kali ini adalah RM133,740.00.

Semoga ianya dapat membantu sedikit sebanyak menampung kos kehidupan para mahasiswa yang berkenaan.

Pihak kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan program kali ini, terutamanya kepada pihak berikut;

1. Semua penyumbang zakat budiman yang membayar pelbagai zakat kepada LZS melalui khidmat Unit Zakat UniKL.

2.Pihak saf pengurusan UniKL yang dipimpin oleh Prof.Dato’ Dr. Mazliham bin Mohd Su’ud, Presiden/CEO UniKL. Penghargaan khas di atas sumbangan Zakat Perniagaan UniKL kpd LZS berjumlah RM114,490.00.

3.Pengurusan Lembaga Zakat Selangor,khususnya Ustaz Rohaizam Abdullah dan Ustaz Mohd Zaki Abd Rahim yang sudi hadir dan banyak membantu kami,

4. AJK Tabung Amanah Zakat UniKL, pimpinan Prof.Madya Dr.Mohd Izhar A.Bakar (Dekan/ Ketua Kampus UniKL BMI) dan Timbalan Dekan SDCL, UniKL BMI, En.Azrul Hisyam Abdul Rahman.

5. Tetamu jemputan khas penyampai Tazkirah Ramadhan, PU Azihal Bangsawan,

6.AJK Majlis yang dipimpin oleh Prof.Dr. Jamel Othman (Dekan/Ketua Kampus UniKL MFI),DDSDCL UniKL MFI, Pn.Noraishiyah Abdullah, Pn.Maziana Zainy (HOSCL) & team CLS dan SRC UniKL MFI serta para mahasiswa yang hadir menjayakan program kali ini.

Bersamalah kita berdoa moga pengurusan zakat UniKL terus mendapat sokongan semua pihak untuk berkembang dengan lebih baik pada masa hadapan demi kebaikan khususnya warga UniKL dan keseluruhan ummah, in shaa Allah…


=======================================================

Kepada anda yang berhasrat membayar zakat di kaunter Zakat UniKL melalui transaksi online, anda boleh membuat pembayaran melalui kaedah Online Transfer kepada akaun Lembaga Zakat Selangor seperti link berikut : https://zakatunikl.com

Panduan Kalkulator Taksiran Zakat LZS ada di sini; 
http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/

Pihak kami akan merekod setiap transaksi pembayaran berkenaan dan proses pengeluaran Resit Bayaran LZS akan diemailkan kepada anda untuk rekod bersama. Harap maklum.. Kami sedia membantu memudahkan urusan bayaran zakat anda di samping dpt membantu para warga Asnaf di UniKL. Terima kasih.

Jemput like fb page Unit Zakat UniKL utk pelbagai info di sini :

https://www.facebook.com/unitzakatunikl

#weareunikl
#zakatdihati
#kongsirezeki
#unitzakatunikl
#penolongamilipt
#zakatselangor
#uniklbmi
#sahabatzakat
#uniklkampusselangor