KADAR ZAKAT FITRAH DI SELANGOR KEKAL RM7


Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor pada tahun ini iaitu 2019M/1440H kekal RM7 seorang, sama seperti tahun sebelumnya.

Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg.

Namun begitu bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan.

Kadar zakat fitrah tersebut adalah sebanyak RM14.00 seorang bagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg) dan RM21.00 seorang bagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg). Walau bagaimanapun, kadar bayaran zakat fitrah melebihi RM7.00 adalah sebagai galakan sahaja dan tiada paksaan kepada pengeluar zakat di Selangor.

Sehubungan itu, kepada warga kampus UniKL di Selangor, kami mengalu-alukan pembayaran zakat fitrah anda kpd LZS melalui kaunter khidmat Unit Zakat UniKL di Seksyen Gaya Hidup Kampus di UniKL BMI (Gombak), UniKL MFI (Bangi),UniKL MIAT (Dengkil) dan UniKL MESTECH (Kajang) masing-masing…Terima kasih.

Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan…