Isu Berkaitan Bayaran Zakat Perniagaan

SIAPA KATA KIRA ZAKAT PERNIAGAAN IKUT UNTUNG…

“Saya tak wajib lagi tunai zakat perniagaan. Perniagaan saya tak berapa menguntungkan”.

Eh…nanti dahulu, syarat menunaikan zakat perniagaan bukanlah diukur daripada keuntungan ya.

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalil Zakat Perniagaan

Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: “Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).”[HR Bukhari]

Untuk lebih jelas eloklah KIRA ZAKAT PERNIAGAAN anda di link ini: https://www.zakatselangor.com.my/zakat-perniagaan/

========================================

Kepada anda yang berhasrat membayar zakat di kaunter Zakat UniKL melalui transaksi online, anda boleh membuat pembayaran melalui kaedah Online Transfer kepada akaun Lembaga Zakat Selangor seperti link berikut :

https://ZakatUniKL.com

Panduan Kalkulator Taksiran Zakat LZS ada di sini;
http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/

Pihak kami akan merekod setiap transaksi pembayaran berkenaan dan proses pengeluaran Resit Bayaran LZS akan diemailkan kepada anda untuk rekod bersama. Harap maklum.. Kami sedia membantu memudahkan urusan bayaran zakat anda di samping dpt membantu para warga Asnaf di UniKL. Terima kasih.

Jemput like fb page Unit Zakat UniKL utk pelbagai info di sini :

https://www.facebook.com/unitzakatunikl