Hebahan Pertukaran Akaun Kutipan Zakat Kaunter Penolong Amil Zakat UniKL LZS

Assalamualaikum wbt.

Kepada para pembayar zakat di kaunter online ZakatUniKL.com,

Untuk makluman semua para pembayar zakat di kaunter kutipan zakat Penolong Amil Zakat IPT UniKL LZS, mulai pada 1 September 2021, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menukarkan nombor akaun khas Penolong Amil Zakat UniKL yang diuruskan oleh team operasi Unit Zakat UniKL (UniZ@UniKL) kepada nombor yang baru iaitu seperti butiran berikut;

Nama Bank : Maybank Islamic Berhad
Nama Akaun : Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Nombor Akaun : 550510760139

Semua jenis pembayaran zakat di kaunter online Unit Zakat UniKL (UniZ@UniKL) perlulah menyalurkan bayaran anda kepada akaun yang dinyatakan melalui transaksi 3rd Party online banking transfer.

Selepas pembayaran dibuat, sila lengkapkan butiran maklumat pembayar dan lampirkan bukti slip pembayaran anda melalui borang online yang disediakan untuk proses penyediaan resit pembayaran rasmi zakat anda.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. Harap maklum. Terima kasih.