Emas Bukan Sekadar Perhiasan

EMAS BUKAN SEKADAR PERHIASAN

Emas Bukan Perhiasan

1. Emas selain perhiasan wanita sama ada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, jongkong, kepingan emas, peralatan rumah dan sebagainya.

2. Emas perhiasan wanita yang tidak dipakai dalam tempoh haul (setahun) juga termasuk dalam kategori emas bukan perhiasan.

3. Kadar uruf emas (bukan perhiasan) di negeri Selangor sebanyak 85 gram.

KAEDAH TAKSIRAN

(Berat emas x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5%=Jumlah Zakat

Contoh kiraan:

100 gram x RM144.38= RM14,438 = RM x 2.5% = RM360.95

Emas Perhiasan Wanita

1. Emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan wanita.

2. Kadar uruf emas (kebiasaan pakai emas) di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.

3. Kiraan zakat emas perhiasan ini dinilai atas perhiasan yang melebihi kadar uruf.

4. Sekiranya melebihi kadar uruf, bakinya hendaklah digabungkan dengan harta lain yang berasaskan dengan nisab emas.

KAEDAH TAKSIRAN

(Berat emas – Uruf (800 gram) x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5%=Jumlah Zakat

1000 gram – 800 gram x RM144.38= RM28,876 x 2.5% = RM721.90

========================================

Kepada anda yang berhasrat membayar zakat di kaunter Zakat UniKL melalui transaksi online, anda boleh membuat pembayaran melalui kaedah Online Transfer kepada akaun Lembaga Zakat Selangor seperti link berikut :

https://ZakatUniKL.com/

Panduan Kalkulator Taksiran Zakat LZS ada di sini;
http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/

Pihak kami akan merekod setiap transaksi pembayaran berkenaan dan proses pengeluaran Resit Bayaran LZS akan diemailkan kepada anda untuk rekod bersama. Harap maklum.. Kami sedia membantu memudahkan urusan bayaran zakat anda di samping dpt membantu para warga Asnaf di UniKL. Terima kasih.

Jemput like fb page Unit Zakat UniKL utk pelbagai info di sini :https://www.facebook.com/unitzakatunikl