Cara membuat potongan gaji untuk bayaran Zakat Pendapatan

Berikut dikongsikan khusus buat semua warga kerja Universiti Kuala Lumpur yang berhasrat ingin membuat bayaran Zakat Pendapatan anda melalui skim potongan gaji bulanan. Kini arahan potongan gaji untuk bayaran zakat amatlah mudah, semua arahan menggunakan kemudahan secara online boleh berurusan menggunakan smart phone sebentar sahaja melalui laman web berikut; https://espg.zakatselangor.com.my/

Ikuti panduan step mengisi arahan Borang Potongan Gaji (Skim Berkat) yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor adalah seperti yang kami lampirkan ini untuk memudahkan semua warga kerja UniKL yang berkenaan. Pastikan anda memasukkan nama majikan sebagai ; Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. dan letakkan ruang email HR itu alamat email staff PMTC di kampus anda masing-masing.

Moga perkongsian informasi ini dapat memberi manfaat memastikan terlaksana urusan hasrat anda untuk menunaikan kewajipan membayar zakat pendapatan secara bulanan dengan lebih mudah lagi, in shaa Allah.