Bersama kita doakan moga Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri UniKL pada hari ini berjalan dengan lancar…in shaa Allah. Seramai 176 orang mahasiswa bakal menerima bantuan pada majlis kali ini. Terima kasih kepada semua pembayar yang berurusan dengan kaunter zakat UniKL..Moga Allah berkati segala bantuan anda selama ini..!
Assalamualaikum w.b.t .Diwawarkan maklumat program anjuran bersama Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (SRC) UniKL MIAT & Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UniKL, dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor akan mengadakan Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri kepada para mahasiswa yang terpilih dari kampus UniKL MIAT, UniKL BMI, UniKL MFI dan UniKL MESTECH. Majlis berkenaan akan dilaksanakan seperti berikut; . […]
Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor pada tahun ini iaitu 2019M/1440H kekal RM7 seorang, sama seperti tahun sebelumnya. Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg. Namun begitu bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk […]
Majlis Penghargaan LZS 2018 Alhamdulilah berpeluang menghadiri Majlis Penghargaan LZS 2018 yang diadakan di Shah Alam. Pelbagai kategori agugerah telah disenaraikan oleh pihak penganjur bagi menghargai pencapaian prestasi pelbagai agensi ejen zakat bertauliah yang dilantik oleh pihak LZS. Tahniah kepada semua penerima anugerah prestasi tahun 2018…Kami turut bersyukur walaupun pihak UniKL masih baru dalam melaksanakan […]
Mesyuarat Sekretariat Zakat IPT Selangor yang dianggotai oleh 14 Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) yang telah dilantik sebagai Penolong Amil Bertauliah oleh pihak Lembaga Zakat Selangor. UniKL terdapat 4 kampus di Selangor yang terlibat dalam pengurusan zakat ini, operasinya dikoordinasikan oleh kampus UniKL BMI. Terima kasih kepada pihak team UKM yang menjadi tuan […]
23 Mei 2018 (Rabu): Alhamdulillah Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri Tabung Amanah Zakat UniKL telah berjaya dilaksanakan di kampus UniKL MFI, Bangi. Seramai 148 orang penerima dari kalangan mahasiswa 4 kampus di Selangor (UniKL BMI, UniKL MFI, UniKL MIAT & UniKL MESTECH) telah diraikan. Sumbangan Aidilfitri berjumlah RM27,740.00 telah disampaikan oleh Dato’ Presiden.Selain itu […]
21 Jun 2017. Assalamualaikum…Alhamdulillah amanah melaksanakan Majlis Agihan Zakat & Sumbangan Aidilfitri pertama, Tabung Amanah Zakat UniKL kpd 121 anak-anak Asnaf mahasiswa dari 4 kampus di Selangor telah dpt disempurnakan pada 21 Jun 2017. Jutaan terima kasih kpd semua penyumbang zakat warga UniKL..setakat Jan-Mei 2017 ini jumlah kutipan pelbagai zakat kita kpd LZS sekitar RM181K…Jumlah […]