Antara Catatan Amil

Catatan Amil :

Perbualan Nov 2019 lalu…

\”Assalamualaikum wrt en ***.. Saya Qaha dari Lembaga Zakat Selangor. Berkaitan dokumen pengemaskinian bantuan pendidikan sekolah sessi 2020, setakat ni kami masih belum terima dokumen dari en ***… bila agaknya boleh lengkapkan dan hantar ke kaunter.. bimbang nanti berlaku keciciran\”.

\”Macam ni en Qaha.. saya rasa.. saya menolak untuk terima bantuan pendidikan tu.. sebab sekarang saya dah bekerja di Sendayan, Alhamdulillah.. Allah izinkan saya untuk bekerja di sini. Cuma, saya nak minta izin dan kebenaran untuk terima bantuan kewangan bulanan sampai Dis 2019 ni sahaja, sebab saya skrg tinggal di sini dan keluarga saya masih tinggal di Selangor.. duit tu tu hanya untuk isteri dan anak-anak saya buat belanja.. saya harap Zakat Selangor benarkan, sementara saya nak stabilkan ekonomi. InsyaAllah Januari 2020 nanti saya akan hantarkan surat utk keluar dari asnaf. Terima kasih Lembaga Zakat dan pembayar zakat di Selangor….. \”

Suara terhenti di hujung talian.. sunyi seketika.. hanya terdengar hela nafas yang panjang seolah menahan sebak…

\”Baiklah en ***.. kami akur dengan permintaan en ***.. InsyaAllah kita cuba sebaiknya.. Semoga En *** dan keluarga sentiasa dalam keberkatan Allah SWT sentiasa..\”

Seperti dijanjikan.. kata di kota.. kami terima surat dari individu tersebut… menyatakan hajat untuk dikeluarkan dari asnaf yang selama ini di bantu dari segi kewangan bulanan dan makanan bulanan.

Kejujuran itu bermula dari diri setelah mengenali serta memahami keperluan sebenar… seperti mana berlaku di zaman Saidina Umar.. bukan kerana mereka telah kaya.. tetapi mereka memahami.. mereka tidak layak.. dan ada orang lain yang benar2 layak serta memerlukan.. akhirnya.. tiada yang menerima wang zakat itu…

Terima kasih pembayar zakat..
Terima kasih Lembaga Zakat Selangor

kredit : Qalam QaHa Hayat Penjaga Kunchi