Assalamualaikum wbt. & Ramadhan Mubarak! Bersempena dengan Bulan Mulia Ramadhan Al-Kareem 1442H,
Unit Zakat UniKL dan Alumni Relations UniKL ingin mengalu-alukan warga kerja dan alumni UniKL, serta keluarga dan sahabat-sahabat untuk membuat pembayaran Zakat Fitrah melalui portal online https://zakatunikl.com
Unit Zakat UniKL merupakan Penolong Amil IPT Bertauliah yang dilantik oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Sebahagian hasil kutipan zakat ini akan disalurkan kepada para asnaf warga UniKL dalam kalangan mahasiswa dan warga kerja melalui TABUNG AMANAH ZAKAT UniKL.
Bayar zakat anda melalui 3 proses mudah:
(1) Login menggunakan akaun Facebook / email,
(2) lengkapkan maklumat, pilih jenis & tahun zakat, dan
(3) buat pembayaran online melalui 3rd party transfer kepada;
Pembayar buat pindahan bayaran kepada akaun khas Penolong Amil Zakat UniKL iaitu;
Nama bank : Maybank Islamic Berhad
Nama Akaun : Lembaga Zakat Selangor
Nombor Akaun : 550510120639 (pastikan anda membayar kepada nombor akaun khas ini sahaja)
Email : unitzakatunikl@gmail.com
Step 2 :
Sila isi maklumat butiran bayaran anda dalam borang online yang disediakan beserta bukti slip bayaran anda untuk rujukan kami.
Team kaunter khidmat Penolong Amil Zakat UniKL akan menghantar kepada anda resit rasmi pembayaran zakat berkenaan melalui email atau whatsApp pembayar dalam tempoh 2 hari bekerja.Harap maklum.Terima kasih.
Bagi kakitangan UniKL yang ingin membuat Skip Potongan Gaji (SPG) boleh dilakukan melalui proses di bawah:
(1) Masukkan kad pengenalan di https://www.zakatselangor.com.my/espg/
(2) Masukkan nama majikan sebagai Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd.
(3) Masukkan alamat email HR di kampus masing-masing dan maklumat lain yang diperlukan.
Selain zakat fitrah, anda juga boleh melakukan pembayaran zakat lain seperti zakat pendapatan dan perniagaan melalui kaunter zakat UniKL online.
Pembayar Zakat Hero Asnaf